“Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahuiNya…”(6.59)
Unik!
Allah Maha Besar!
Bila kita senang dan gembira, kita jarang nak ingat, tapi bila susah dan semua tidak boleh membantu, siapa lagi tempat kita nak bergantung?
Bila kita diuji sesuatu benda dan kita mula terkapai-kapai mencari jalan, pada siapa lagi yang boleh kita meminta?
Allah!
Percaturannya memang unik. Dan sungguh DIA amat memahami diri kita ini. Bukan mudah untuk kita nak positifkan diri dengan ujian yang datang menjelma. Susah.
Dengan tahap iman yang masih turun naik, tentu terasa sukar untuk menjernihkan tanggapan tatkala ujian datang menjengah hidup kita. Sungguhpun begitu, Allah tak pernah berputus asa memberikan semangat dan keyakinan pada kita, yang EVERYTHING WILL BE ALRIGHT!
Allah pernah mengujiku dengan hilangnya satu benda yang boleh dikatakan penting pada sebelah pihak yang sedang aku bekerja sekali. Benda yang dimaksudkan adalah sehelai kertas kecil, yang mempunyai info penting untuk program kami.
Tetapi padaku, ia tidaklah penting mana, tapi tidak pada pihak tersebut. Ya, aku akui, ada salahnya aku di situ. Kerna kecuaian diri ini, benda tu hilang dalam jagaanku.
Malam itu, aku memang sedih gila dengan takdir menimpa aku ni. Sampaikan aku mengira-ngira kenapa ini jalan yang aku pilih? Kenapa aku masih teruskan benda ni semua? Dan sampai satu tahap, aku salahkan diri aku kerna terlalu bodoh. Benda kecil pun tak boleh nak jaga. Kasihan pada diri yang tidak tahu apa-apa.
Dalam sedih tu, aku cuba pujuk diri.
Insya-Allah ada hikmahnya. Insya-Allah, Allah akan bantu.
Jika tak jumpa benda itu pun, Allah akan kuatkan hati aku untuk berdepan dengan pihak tersebut.
Malam itu juga, aku kerap kali ke dewan utama, tempat terakhir kertas tersebut hilang dalam jagaanku. Harapan aku agar ia masih ada di situ. Setiap kali aku pandang sekitar dewan, aku rasa nak menangis, tapi sabar hati ini cuba aku kuatkan. Aku juga tidur dalam keadaan tidak senang, menangis dan berdoa serta berharap “Tolonglah Allah, berikan aku jalan dan keajaibanMu.”
Pagi esoknya, aku kembali ke dewan utama. Disebabkan aku awal ke booth jualan (ada fund raising event), aku kemas booth, angkat apa yang patut seorang diri. Aku spontan berdiri menghala ke longkang tepi dekat dengan booth. Tempat yang sama aku berdiri malam semalamnya. Tempat yang sama dan terakhir sebelum kertas itu hilang.
Dalam berdiri kaku, aku perhatikan ada sehelai KERTAS kat atas lantai tu. Dengan berdebar-debar aku angkat dan teliti habis kertas tersebut.
Aku rasa nak MENANGIS lagi!
ALLAH! ALLAH! ALLAH!
Barang yang hilang semalam itu, yang aku jangka dah masuk tong sampah atau mungkin diterbangkan angin kuat rupanya terlekat pada lantai berhampiran dengan longkang. Bayangkan apa perasaan aku masa itu?
SPEECHLESS!
Rasa terlalu BERSYUKUR menyelebungi diri aku, even masa aku menaip ini pun, hati aku masih terkesan dengan peristiwa tersebut.
ALLAH!
Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasaNya!
Hanya Allah sahaja yang boleh buat kertas itu bertahan di situ, dengan hujan lebatnya malam semalam, dengan angin kuatnya, dan juga tulisan pada kertas tersebut masih jelas kelihatan. Dan yang paling terujakan aku adalah, tempat yang sama itu aku berdiri serta mencari-cari pada malam semalam.
ALLAH!
Malam sebelumnya, aku sangat salahkan takdir yang aku lalui, terasa nak putus asa. Tekanan demi tekanan menerjah aku. Tapi… pagi itu… Allah telah selamatkan aku!
Bagi aku, jika kertas tu hilang, mungkin hubungan antara dua insan akan keruh.
Alhamdulillah bi-iznillah. HEBATNYA ALLAH!
Pasti ada sesiapa di luar sana pernah alami benda sebegini?
Bersyukurlah. DIA mendengar rintihan kita. Allah tak pernah tinggalkan kita, kita sahaja yang EGO meninggalkanNya. Ada di antara kita yang mudah putus asa, seperti aku. Mudah menyalahkan takdir. Mudah mengambil jalan singkat. Tanpa berusaha untuk menjernihkan keruhnya masalah yang ada dengan bersangka baik pada Allah. Peristiwa KERTAS ini sangat terkesan pada aku. TanpaNya, aku memang NOTHING!
Sahabat-sahabat, untuk melaksanakan sesuatu yang baik bukan mudah, banyak ranjau yang datang menyinggah, tapi janganlah berputus asa. Teruskan walau sukar.
Selalu aku pasakkan kata ini dalam jiwa aku,
“KUASA MINDA ITU SANGAT HEBAT! APA YANG KITA FIKIRKAN SANGAT REFLEK DIRI KITA. SELAGI BOLEH BERFIKIRAN POSITIF, POSITIFKAN DIRI TU. TIADA YANG MUSTAHIL”
Mula-mula memang susah, tapi percayalah, tiada apa yang mustahil di dunia ini. Semuanya berlaku atas kehendakNya jua.
“BERBICARALAH DENGAN DIA. SEMBANGLAH DENGAN ALLAH!”
Ada pelbagai cara nak sembang dengan Allah.
Solat. Doa. Tapi, tak ramai yang buat satu ni iaitu bercakap sendiri seolah-olah kita bercakap dengan Allah.
Maksudnya, sebagai contoh ketika kemas barang:
“Ya Allah.. mana satu ek nak kemas dulu? Nak bawa balik? Yang ini ke yang itu? Banyak sangatlah pula, kang ada yang tak muat beg ni kang.”
Ketika ada masalah datang tiba-tiba:
“Ya Allah boleh ke aku buat ni? Benda ni mana cover dalam lecture. Permudahkan aku, ya Allah. Permudahkan.”
Tengah memandu:
“Tengok tu ya Allah, boleh pula dia break tiba-tiba. fuhh… Tolong sabarkan aku.”
Sentiasalah bersembang dengan Allah. Ini juga seakan terapi buat diri kita. Kesannya sangat hebat terasa. Kita akan sentiasa rasa bahawasanya, Allah sentiasa ada dengan kita. Buntu macam mana pun, akan ada satu kekuatan berbisik pada kita supaya kita tenang dan akan ada jalan penyelesaiannya.
Tak percaya? Cubalah dulu.
Maklumat Penulis
Perkongsian ini ditulis oleh Nur Amirah Binti Ishak (Cahayanurish). Minat Travel, membaca, menulis cerpen dan fotografi. Artikel ini merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai sayembara penulisan iluvislam.