,

Kejar Dunia VS Kejar Akhirat

Jika kita terlalu fikiran dunia,
mungkin akhirat kita semakin menjauh.

Bukan salah untuk fikirkan dunia,
cuma akhirat itu matlamat utama kita.

Jika kita ingin lihat dunia, kembaralah ke serata dunia, tapi jangan lupa untuk bawa akhirat bersama.

Ketika kita ingin melihat kebesaran-Nya, jangan kita berkira tentang duit & halnya.

Mengembaralah dengan niat untuk tadabbur alam.
In shaa Allah, rezeki akan sentiasa ada.

Asalkan niat kita tidak bercanggah dengan perintah agama, bukan untuk berseronok tak tentu hala,

kita akan dapat rasa nikmatnya dunia, ciptaan-Nya

Teringat kata-kata seorang ulama’ kenamaan di Saudi Arabia yang menjadi pengajar tetap di Masjid Nabawi, Syeikh Abdurrazzaq bin Abdul Muhsin :

“Wahai anak muda. Harusnya engkau selalu ingat bahawa engkau suatu hari nanti akan berdiri di hadapan Allah dan Dia akan menanyakan kepadamu akan masa muda ini, engkau habiskan untuk apa?”

Ya, kita akan ditanya di akhirat kelak apa yang telah kita lakukan waktu muda.

Apakah kita manfaatkan sebaiknya? Cuba bayangkan, kita tak lakukan apa-apa pun yang bermanfaat. Pasti kita akan rasa hidup dan jiwa kita kosong.

Sedangkan amanah untuk kita laksanakan terlampau besar di dunia ini.

Sudahkah kita peduli?

Jadi wahai anak muda, ayuh! Jangan pernah ada masa untuk buang masa. Berilah manfaat kepada makhluk seluruh alam.

Kejar lah dunia, tapi jangan lupa untuk kejarjuga akhirat.

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku .” (Al-Fajr : 27-30)

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Idayu Nur Illyani Binti Daud. Berasal dari Batu Pahat, Johor. Merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Boleh mengikuti perkembangannya di Facebook (Illyani Daud) dan Instagram (illyanidaud_)

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%