,

Keamanan: Antara Wacana Syara’ dan Wacana Takdir (bahagian 2-akhir)

Usul ke-21 Dr Moctar Shinqiti bercerita tentang wacana syara dan wacana takdir.

Kata Dr Moctar Shinqiti wacana syara dalam takrifan ulama usul adalah wacana yang mengandungi suruhan dan larangan, dan ia tujukan kepada hati dan moral setiap mukmin, yang dapat menerangkan jalan kehidupannya yang praktik.

Adapun wacana takdir termasuk dalam hal-hal yang ghaib yang tidak terikat dengan melakukan atau meninggalkan sesuatu, sebaliknya hanya mengimani dan membenarkannya.

Dr Moctar Shinqiti membawa satu hadis daripada riwayat muslim apabila ingin bercerita berkenaan wacana takdir ini.

‘Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T.

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan kemarau. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam. Permohonanku ini telah diperkenankan.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka. Tetapi permohonanku telah ditolak.

Selain itu ada juga ayat Quran yang bercerita tentang wacana takdir ini:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (QS. al-Baqarah (2) : 120)

Di sini kita dapat lihat bahawa wacana takdir ini memberitahu, kita akan melihat fitnah yang banyak dan pergaduhan sesama manusia yang sangat pahit untuk ditelan, maka ianya adalah wacana takdir yang kita percaya akan berlaku.

Jelaslah kita bahawa keamanan ini tidak mampu dicapai dengan mudah bahkan hampir mustahil apabila melihat kepada takdir.

Akan tetapi, wacana syara berbicara sebaliknya apabila syara menuntut kita untuk mendamaikan jika berlaku pergaduhan sesama manusia seperti yang terdapat dalam al quran:

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat ayat 10)

Syara juga menuntut kita untuk sentiasa menyebarkan keamanan dan kesejahteraan kepada semua manusia.

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, niscaya kalian akan masuk Surga dengan selamat.”
(HR Ibn Majah no 3251)

JIka kita kata tidak mahu untuk mendamaikan dan menyebarkan keamanan atas faktor sudah menjadi ketentuan tuhan, maka ianya bertentangan dengan tuntutan syara yang mana syara menyeru untuk kita sentiasa menyebarkan keamanan dan keharmonian kepada seluruh manusia hatta islam itu sendiri ertinya adalah kedamaian.

Maka tidak boleh tidak, kita perlu sentiasa menyebarkan keamanan kepada seluruh alam kerana hikmah punca Allah tidak menerima permintaan nabi yang ketiga untuk memberi keamanan adalah kerana kejahatan manusia itu sendiri sedangkan banjir dan kemarau adalah daripada Allah.

Setiausaha Agong Ulama dunia Sheikh Ali Al Qaradaghi apabila berbicara tentang Rahmatan lil alamin, beliau mengatakan menjaga keamanan dan keselamatan negara juga adalah maqasid syariah yang perlu kita pelihara dan berikan penekanan terhadapnya.

Kita sentiasa mengharapkan semoga keamanan ini melata di seluruh dunia secara amnya dan Malaysia secara khususnya.

Rujukan
1. Pertelingkahan politik dalam kalangan para sahabat- Dr moctar Shinqiti
2. Terorisme: Diagnosis dan penyelesaian- Abdullah bin Bayyah

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Irham Masiri. Beliau merupakan pelajar tahun dua sejarah tamadun Islam Universiti Malaya.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%