,

Keamanan: Antara Wacana Syara’ dan Wacana Takdir (bahagian 1)

Shaikh Abdullah Bin Bayyah nama yang tidak asing bagi orang yang mencintakan keamanan.

Beliau merupakan ulama kelahiran Mauritania dan sangat terkenal dengan forum keamanan dan mempromosikan keamanan.

Beliau adalah ulama yang lebih cenderung kepada mazhab maliki dan semoga Allah merahmati beliau.

Di dalam DBP(dewan bahasa dan pustaka) aman bermaksud : tidak ada sesuatu yg membahayakan atau yg menakutkan, tenteram, sentosa.

Aku membawakan maksud keamanan daripada DBP supaya kita mempunyai definisi aman yang sama.

Shaikh Bin Bayyah ada menulis satu buku yang telah diterjemah bertajuk Terorisme: Diagnosis dan Penyelesaian. Dalam buku ini beliau memberikan banyak idea-idea untuk menentang terorisme supaya keamanan ini mampu dicapai, antaranya membetulkan semula kefahaman tentang jihad dan wala’ wal bara’.

Di akhir buku yang telah ditulis oleh Shaikh Bin Bayyah ini, beliau memberikan sepuluh strategi dan cadangan supaya keamanan yang kita cintai ini mampu dicapai dan dikembalikan kepada seluruh manusia.

1. Memberikan definisi keganasan agar apabila sesiapa sahaja yang melakukan keganasan tidak kira muslim atau tidak kita ada definisi yang jelas.

2. Mengemukakan wawasan berlandaskan toleransi islam sejajar dengan sumber-sumber islam.

3. Memberik penekanan terhadapa aspek ketelusan kerana islam mementingkan bukti.

4. Orang bersalah tidak boleh memikul kesalahan orang yang salah.

5. Mengambil berat tentang perjanjian dan konvensyen antarabangsa serta hormati kedaulatan undang-undang.

6. Perlu tangani isu kemiskinan dan kefakiran.

7. Menghormati kepelbagaian tamadun, agama dan budaya.

8. Setiap kezaliman dan penindasan yang berlaku di dunia ini perlu ditangani sebaiknya agar akar keganasan dapat di cabut.

9. Menetapkan konsep islah yang tulen dan berpasak pada bumi ideologi Islam.

10. Kerjasama yang baik dalam isu keselamatan perlu dijalin dengan wujudnya pertukaran dan pertukaran maklumat serta membudayakan dialog.

Apabila kita melihat idea dan cadangan yang di ketengahkan oleh Shaikh Abdullah Bin Bayyah ini kita nampak lihat seperti esok kita akan dapatkan keamanan ini.

Keamanan di mana semua orang tidak lagi perlu takutkan apa yang akan berlaku kepada mereka jika mahu keluar ke mana sahaja kerana keamanan itu telah melata.

Tapi, bila difikirkan semula adakah keamanan ini mampu kita capai di seluruh dunia di mana tidak ada lagi ketakutan dan kerisauan manusia terhadapa kejahatan manusia? Dunia di mana seperti hadis yang terdapat dalam Bukhari.

“Wahai Adi,adakah engkau pernah melihat Hirah? Adi berkata:tidak pernah tapi aku pernah mendengar tentangnya. Nabi berkata: Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan bersendirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)‏.” (Riwayat Bukhari:3595)

Jika kita lihat kepada situasi semasa pada hari ini, hampir mustahil untuk kita capai keamanan itu secara menyeluruh. Kita dapat lihat puak pelampau ini sudah wujud sejak zaman khulafa rasyidin lagi seperti khawarij dan syiah.

Khawarij ini walaupun malamnya abid tetapi siangnya menjadi tuhan mengakafirkan manusia yang tidak sependapat dengannya.

Ciri-ciri ini sampai ke hari ini wujud orang yang suka mengkafirkan muslim lainnya kerana berbeza.

Syiah pula seperti yang kita tau acap kali mengganggu keamanan dan keharmonian. Sejarah telah membuktikan syiah ini adalah gunting dalam lipatan bagi kaum muslimin.

Sering kali merosakkan imej islam sedangkan kata Bin Bayyah menjaga imej islam adalah sebahagian daripada maqasid syariah.

Ini kita baru bercerita tentang keganasan atau extrimis yang wujud dalam islam, kita tidak lihat lagi pelampau dalam yahudi seperti zionis, dalam kristian, hindu dan lain-lain.

Puak pelampau ini pastinya wujud pada mana-mana agama mahupun bangsa.

Di sini perlunya kita fahami antara wacana syara’ dan wacana takdir. Dr Mohamed El-Moctar El-Shinqiti seorang pensyarah universiti di Qatar juga kelahiran Mauritania ada menulis buku bertajuk pertelingkahan politik dalam kalangan para sahabat.

Beliau ada menulis 22 asas untuk masuk dan memahami pertelingkahan politik yang berlaku pada sahabat.

> bersambung Keamanan: Antara Wacana Syara’ dan Wacana Takdir (bahagian 2-akhir) <

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Irham Masiri. Beliau merupakan pelajar tahun dua sejarah tamadun Islam Universiti Malaya.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%