, ,

Kaedah Pengajaran Rasulullah Ketika Mengajar Para Sahabat

Pendidikan adalah antara perkara utama yang dititik berat oleh Rasulullah kepada para sahabat. Jadi, pelbagai kaedah yang dilakukan Baginda bagi memastikan para sahabat dapat menguasai ilmu agama yang dipelajari.

  • Mengulang hadith beberapa kali

Daripada Anas bin Malik, “Daripada Nabi Muhammad Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam, bahawa Baginda mengucapkan satu kalimah, Baginda akan mengulangnya selama tiga kali sehingga kalimat tersebut dapat difahami.” (Hadith riwayat Bukhari)

  • Bercakap tidak terlalu laju sehingga ada jeda pada setiap perkataan

Rasulullah tidak pernah menyampaikan hadith dengan tergesa-gesa, malah Baginda bercakap secara perlahan-lahan supaya mudah untuk dihafal oleh orang yang mendengar.

  • Bersikap tenang, tidak bosan dan memilih waktu yang tepat

Daripada Ibnu Mas’ud, dia berkata: “Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam biasa memberi kami nasihat pada beberapa hari tertentu dalam seminggu kerana khuatir membuat kami bosan.” (Hadith riwayat Bukhari)

  • Memberikan perumpamaan

Bukan hanya sekadar Rasulullah suka memberi perumpamaan yang bertujuan untuk menghubungkan ilmu dengan realiti, tetapi di dalam Al-Quran juga banyak menggunakan perumpamaan.

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” (Surah Al-Hasy-r 59:21)

  • Memberikan pertanyaan

Rasulullah bertanya kepada para sahabat adalah untuk mendorong fikiran mereka supaya lebih aktif, memberikan lebih fokus, dan bertujuan untuk memotivasi sahabat lain apabila Baginda memuji sahabat yang dapat menjawab persoalannya.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%