,

Jasa Besar Asiah Kepada Nabi Musa Yang Masih Bayi Pada Ketika Itu

Nak tahu apa jasa Asiah? Jom kita lihat kisah yang saya rujuk daripada kitab Qishasul Anbiyaa.

Diceritakan bahawa Firaun pernah bermimpi seolah-olah ada api meluncur dari arah Baitul Maqdis. Api tersebut membakar rumah-rumah kota Mesir dan orang-orang Qibthiy, namun tidak menimpa Bani Israel.

Ketika bangun, Firaun merasa cemas, lalu dia mengumpulkan seluruh tukang ramal, para normal dan tukang sihir. Dia bertanya kepada mereka tentang takbir mimpi tersebut. Mereka menjawab: “Anak tersebut akan lahir daripada kalangan mereka. Ia akan menjadi sebab-sebab kehancuran penduduk Mesir melalui tangannya.”

Dengan asas inilah, Firaun memerintahkan untuk membunuh semua anak lelaki dan membiarkan hidup anak-anak perempuan.

Kekejaman Firaun dinyatakan di dalam Al-Quran. Tak percaya? Haa, baca ni.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ فِرۡعَوۡنَ عَلَا فِي ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلَ أَهۡلَهَا شِيَعٗا يَسۡتَضۡعِفُ طَآئِفَةٗ مِّنۡهُمۡ يُذَبِّحُ أَبۡنَآءَهُمۡ وَيَسۡتَحۡيِۦ نِسَآءَهُمۡۚ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ

“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas 28: 4)

Semua anak lelaki termasuklah bayi dibunuh begitu saja atas perintah Firaun. Kejam!

Persoalannya, apa kaitan dengan Asiah?

Diceritakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil oleh ibunya dengan harapan supaya Nabi Musa yang masih bayi itu tidak dibunuh. Lalu, dengan izin Allah, Nabi Musa dijumpai oleh dayang-dayang kerajaan di dalam sebuah peti yang tertutup.

Mereka menyerahkan kepada Asiah. Ketika dia membuka peti tersebut, kelihatan seorang bayi iaitu Nabi Musa. Timbul rasa cinta dan kasih sayang terhadap anak kecil tersebut. Pada awalnya, Firaun memerintahkan agar bayi itu juga dibunuh, namun Asiah meminta agar ia tidak dibunuh.

Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%