Perkara yang paling disukai disisi Allah adalah konsisten walaupun perkara itu kecil. Imam Al Jawzi Radiallahu Anhu menulis buku mengenai Imam Ahmad Ibn Hanbal Radiallahu Anhu.
Nilai-nilai yang ada pada Imam Ahmad, semoga Allah memberi perlindungan kepadanya.
Imam Ahmad di kemuncak hidupnya, sebelum bermulanya fitnah. Selepas fitnah bermula, beliau meninggal.
Imam Ad-Dhahabi berkata, ini adalah solat jenazah yang terbesar dicatatkan.
Dalam masa satu hari dia meninggal dan dikebumikan dan di dalam hari yang sama, 1.3 juta orang datang dan melakukan solat jenazah ke atasnya.
Bayangkan betapa terkenal dan disayanginya dia. Imam Ahmad selalu mengunjungi halaqah pelajar-pelajarnya, mendapatkan pengetahuan daripada orang lain. Beliau menutup mukanya supaya orang tidak mengenalinya.
Beliau dikenali sebagai seorang yang tawadhuk, beliau tidak mahu dirinya disanjung.
Suatu hari, dia mengembara ke Syam.
Seperti yang kita kenali dengan Syria sekarang, atau gabungan Syria, Palestin, Lubnan dan Jordan (As-Sham). Imam Ahmad ada mengkhabarkan suatu cerita. Mari kita ikuti kisahnya.
Suatu hari, dia berjalan ke dalam masjid untuk bermalam di sana tetapi pengawal masjid memberitahunya “keluarlah masjid sudah hendak ditutup”.
Imam Ahmad: ….tetapi saya tiada hala tuju ke mana, saya tidak tahu mahu ke mana.
Pengawal: Keluar, masjid sudah mahu ditutup.
Betapa terpujinya akhlak Imam Ahmad yang tidak berterusan duduk di situ dan tidak mengaku dirinya Imam Ahmad malah hanya mendiamkan diri apabila dihalau.
Kemudian, Imam Ahmad mengambil barangnya dan tidur di tangga masjid.
Pengawal datang dan berkata: Hey! Pindahlah! Pergi! Kamu tidak boleh tidur di sini! Pergilah!
Imam Ahmad berfikir ke mana dia hendak pergi? Dia tidak tahu apa-apa.
Pengawal ini tidak tahu dengan siapa dia menegur malah menunjuk-nunjuk Imam Ahmad dengan kakinya dan menyeretnya ke tengah jalan dan memberhentikannya dia di situ.
Kemudian, apa yang berlaku, seorang pembuat roti yang mempunyai sebuah kedai roti di seberang jalan masjid itu datang kepada Imam Ahmaad dan berkata : Kamu boleh tidur di kedai saya.
Kemudian, dia memberi Imam Ahmad masuk.
Imam Ahmad R.A. memerhatikan lelaki ini. Dia duduk di suatu sudut dan sedang menyusun dohnya dan meletakkannya di dalam ketuhar.
Di setiap pergerakannya semasa menguli doh tersebut, dia menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha Ilallah, Allahu Akbar.
Di sepanjang malam, dia berzikir. Imam Ahmad terperanjat.
Lazimnya, manusia akan penat selepas berzikir selama 2-3 minit tetapi lelaki ini secara berterusan berzikir di tempat kerjanya.
Jadi, dia tidak melakukan apa-apa melainkan yang terbaik!
Imam Ahmad bertanya kepadanya: Berapa lamakah kamu bersikap begini?
Pembuat roti: Bersikap bagaimana?
Imam Ahmad: Bertasbih kepada Allah.
Pembuat roti: Seluruh kehidupan saya….inilah apa yang saya lakukan.
Imam Ahmad: Apa yang kamu dapat dari Allah hasil dari tasbih yang kamu lakukan ini?
Sudah pasti, jika di dalam fikiran kita, syurga. Rasullullah S.A.W. memberitahu setiap seorang daripada umat islam ini sedang menanam pokok dan mahligai di syurga.
Jadi, cuba bayangkan pula apa yang lelaki ini ada dengan Allah.
Pembuat roti: Saya tidak pernah berdoa kepada Allah apa-apa pun melainkan Allah memakbulkannya.
Imam Ahmad: Subhanallah. Allah mengabulkan semua doa kamu?
Pembuat roti mengulang: Saya tidak pernah berdoa kepada Allah apa-apa pun melainkan Allah memakbulkannya.
Melainkan satu perkara….
Imam Ahmad: Apakah itu?
Pembuat roti: Untuk berjumpa dengan Imam Ahmad.
Imam Ahmad menangis dan memeluk lelaki ini, kemudian dia berkata Subhanallah, Allah telah membawa Ahmad berjalan sendiri ke kedai kamu.
Jika bukan kerana kamu, saya telah tidur dengan aman di dalam masjid.
Subhanallah, fikirkan tentang itu, dengan melazimi tasbih kepada Allah telah membawa pembuat roti bertemu dengan imam besar malah Allah mengabulkan semua doanya.
Maka, amalkanlah bertasbih dalam kehidupan harian kita.