1. Rukhsah puasa ketika Ramadan kerana musafir.
Sekiranya permusafiran itu bertujuan untuk ibadah, maka dibolehkan untuk membuka puasa kemudian qadha’ semula selepas Ramadhan. Namun, jika tujuan perjalanan itu untuk melakukan maksiat, maka ia dilarang.
Ketika peristiwa pembukaan kota Makkah, Rasulullah dan pasukan Muslimin masih berpuasa ketika bertolak dari Madinah, namun apabila tiba di Kadid, Baginda berbuka puasa.
2. Solat dhuha termasuk dalam sunnah muakkad.
Walaupun dalam peristiwa yang besar seperti Fath Makkah, namun Rasulullah masih lagi menunaikan solat sunat dhuha lapan rakaat. Secara tidak langsung, ulama’ berpandangan bahawa solat dhuha hukumnya sunnat muakkad.
3. Solat qasar empat rakaat kepada dua rakaat bagi musafir.
Rasulullah berada di Makkah ketika peristiwa Fath Makkah selama 19 hari, jadi selama itu jugalah Baginda mengqashar solat.
4. Nikah mut’ah haram untuk selama-lamanya.
Imam An-Nawawi menyatakan bahawa nikah mut’ah dihalalkan dan diharamkan dua kali. Pertama, nikah ini halal sebelum perang Khaibar kemudian diharamkan pada ketika itu juga. Kedua, ia dibolehkan ketika pembukaan Makkah kemudian diharamkan semula untuk selama-lamanya.
Jadi, hukum nikah mut’ah adalah haram pada masa kini.
5. Larangan wasiat melebihi sepertiga harta.
Ketika Sa’ad bin Abi Waqas sakit teruk, dia meminta izin kepada Rasulullah untuk memberi wasiat lebih daripada sepertiga hartanya, namun perbuatan itu tidak dibenarkan.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)