, ,

Erti Raya Yang Sebenar

Kita perlu belajar untuk membawa jiwa Ramadan ke bulan lain. Syawal sebagai permulaannya.

Aidilfitri didefinisikan kembali kepada fitrah. Jadi marilah kita sama-sama hiasi hari raya dengan ibadah dan menjauhi perkara yang dilarang-Nya.

Jom penuhi hari raya antaranya, dengan:

– Penuhi malam raya dengan takbir, tasbih dan tahmid sebaik terbenam matahari akhir Ramadan.

– Saling menziarahi dan mengucapkan tahniah atau selamat hari raya, tanda gembira melepasi ujian puasa sehingga beroleh takwa.

– Boleh mulakan ucapan pada yang lebih tua, isteri kepada suami, anak kepada ibu bapa, pekerja kepada majikan, rakyat kepada pemimpin dan akhirnya kepada sesama sahabat handai.

– Mandi sunat hari raya, walaupun wanita itu dalam keadaan haid.

– Menghadiri tempat solat hari raya lebih awal.

– Lakukan solat hari raya bagi yang boleh melakukan solat.

– Memberikan sumbangan raya kepada anak-anak terutama anak yatim.

– Menunaikan zakat fitrah sebelum imam menunaikan solat sunat Hari Raya.

“Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk serta untuk menjadi makanan orang miskin.” (Hadis riwayat Abu Daud)

– Puasa sunat hari raya.

– Jangan abaikan ibadah fardu sama sekali. Barulah mencapai kesempurnaan dalam ibadah dan kebajikan untuk melengkapkan ketakwaan kepada Allah.

Jangan jadikan kehidupan kita sia-sia. Manfaatkanlah pengajaran dan ibadah sebulan berpuasa dengan membawa dan mengamalkan ibadah seterusnya di bulan lain.

Jadilah seorang umat Islam yang berjaya. Moga kita semua beroleh keberkatan dan ketakwaan.

*Antara perkongsian daripada Ustaz Ahmad Baei Jaafar.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Terlibat dalam beberapa buah antologi cerpen dan puisi. Boleh juga mengikuti perkembangan beliau di https://arnamee.blogspot.my

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.