,

Bukan Semua Orang Ingat Tuhan

Assalamualaikum w.b.t…

Zaman milenia kini telah menjadikan manusia menjadi lebih pantas dan maju berbanding dahulu. Namun, sikap dan nilai agama di dalam diri masih lagi di ambang kejatuhan sejak kemerdekaan berlaku.

Walaupun realitinya tidak semua muslim di Malaysia seperti berkenaan tetapi masih wujud insan-insan yang sering alpa.
Amatlah menyedihkan perbuatan-perbuatan yang menjadi kebiasaan tidak diubah.

Malah, kerajaan telah berusaha keras mewujudkan dasar-dasar sosial negara bertujuan pembendungan masalah sosial dan akhlak manusia. Para pendakwah turut sering menyampaikan ceramah dan peringatan di seluruh negara.

Namun, amalan-amalan kejujuran umat Islam semakin tipis sebagai contoh masalah adalah semasa bekerja masih melakukan rasuah masa tanpa rasa serba salah.

Tidak cukup dengan itu, amalan rasuah masa tersebut dilakukan oleh pihak atasan sehingga menjadi ikut-ikutan pekerja bawahan. Agaknya mereka terlupa bahawa keberkatan mencari rezeki turut terjejas dek kerana tindakan berkenaan.

Usah ditanya kemudian hari :
“Kenapa saya sentiasa berasa rezeki tidak cukup?”
“Mengapa anak-anak tidak pandai seperti anak orang lain?”
“Mengapa kehidupan saya kucar kacir sehingga cerai-berai?”
“Duit banyak tapi hati saya tidak tenang..”
“Kenapa anak saya nakal dan tidak mahu mendengar cakap?”

Dialog di atas bukan spesifikasi terhadap satu isu tersebut sahaja, masih banyak isu yang penulis cuba mahu sampaikan. Ini belum lagi sentuh sikap negatif lain yang sama juga kesannya seperti dialog diatas.

Antara sikap-sikap negatif lain yang sering dialami oleh manusia:
1) Manusia yang sering dengki-mendengki sesama rakan sekerja.
2) Manusia yang bermalas-malasan semasa bekerja.
3) Manusia yang sering bergosip semasa kerja.
4) Manusia yang tidak ikhlas dalam bekerja dan berkira.
5) Manusia yang menggunakan peralatan pejabat sebagai haknya dan keluarga.
6) Manusia yang suka menipu dengan masa.

Dan paling utama “manusia yang lupa adanya Tuhan iaitu Allah s.w.t”.

Mereka alpa bahawa Allah adalah tuhan yang Maha Melihat segala tingkah laku dan gerak-geri yang dilakukan manusia.

Mungkin benarlah juga kata-kata daripada seorang yang saya amat kagumi “Bukan semua orang ingat tuhan iaitu Allah. Jika dia ingat Allah, dia tidak akan lakukan kesemua perbuatan yang tidak sepatutnya.”

Tidak minta banyak, cuma berusahalah mengubah hidup menjadi muslim yang lebih baik serta jadikanlah kejujuran Umar Abdul Aziz semasa bekerja di dalam jiwa-jiwa seluruh umat Islam dalam melaksanakan tugas.

Doakan juga keluarga dan keturunan kita dijauhkan sikap-sikap negatif berkenaan dan tidak lupa bahawa adanya Allah s.w.t.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh penulis yang dikenali sebagai Sis Aainaa Zaki. Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dan Diploma Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat, UniSZA. Sebarang informasi boleh merujuk di Facebook (Aainaa Zaki) atau Instagram (Sis_Aainaazaki) .

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%