,

Berubahlah! Mengapa Tunggu Lagi?

Sejak akhir-akhir ini, kita lihat api perkauman semakin marak dalam kalangan masyarakat kita.

Ditambah pula dengan golongan-golongan yang sebelum ini membisu seribu bahasa, kini sudah berani menunjukkan taring mereka tanpa segan silu.

Itulah hakikat sejarah. Sejarah yang dikatakan sebagai peristiwa yang sudah berlalu dan tidak perlu diceritakan, sebenarnya itulah yang berlaku kembali hari ini. Ia bagaikan satu putaran roda.

Ia bagaikan satu putaran roda.

PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM

Banyak contoh yang kita boleh singkap satu persatu daripada lembaran sejarah untuk dijadikan iktibar. Antaranya:

Peristiwa

Punca

Kejatuhan kota Baghdad di tangan orang Mongol yang tidak bertamadun.

Golongan Syiah yang sebelum ini diam seribu bahasa tatkala berjaya menguasai jawatan penting dalam kerajaan Abbasiyah, bertindak berpakat dengan Hulagu Khan untuk menguasai kota Baghdad.

Bangkitnya sebuah kerajaan golongan hamba dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai kerajaan Mamluk.

Akibat daripada konflik dalaman kerajaan Ayubiyyah, golongan hamba ini berani menguasai takhta kerajaan sehingga menggelarkan diri mereka sultan.

Berakhirnya pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah sebagai pelindung umat Islam.

Golongan Turki Muda tatkala mendapat dokongan Barat, berani secara terang-terangan menunjukkan penentangan terhadap pemerintah Uthmaniyyah.

Jelas sekali apa yang berlaku suatu ketika dahulu, berlaku kembali hari ini. Ia bukanlah dongengan semata, bahkan itulah realiti yang kita umat Islam khususnya di Malaysia hadapi.

Renungkanlah peringatan yang dinukilkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadwi dalam karyanya Maza Khasr al-‘Alam bi Inhitat al-Muslimin (Kerugian Dunia kerana Kemunduran Umat Islam):

“Kejatuhan sesuatu bangsa kejadian yang remeh temeh sahaja. Namun, kejatuhan umat (Islam) adalah sangat besar kerana ia merupakan roh bagi masyarakat manusia.”

AYUH BANGKIT!

Terdapat banyak cara untuk menjadikan umat Islam kembali hebat khususnya umat Islam Melayu di Malaysia. Antaranya melalui tiga langkah berikut:

1. Ubah Persepsi

Persepsi bagaikan sebuah tembok batu kukuh di sekeliling kita yang menghalang sebarang perubahan dilakukan.

Apa-apa sahaja perubahan yang ingin cuba dilakukan terus sahaja dicantas putus oleh persepsi buruk ini.

Walhal, sebenarnya persepsi itu boleh diberikan oleh sesiapa sahaja dan kepada sesiapa sahaja.

Jikalau persepsi yang ditaburkan itu tidak benar, adakah kita mahu berdiam diri sahaja?

Justeru, apa yang perlu kita lakukan adalah buktikan bahawa persepsi itu tidak benar!

Persepsi “Melayu pemalas” sebenarnya merupakan satu ungkapan yang tidak berpijak di dunia yang nyata.

Walhal kita sudah sedia maklum bahawa ada juga golongan “taikun” pada mulanya pun mendapat “tongkat” daripada para pemimpin kita terdahulu!

Lama-kelamaan perniagaan mereka menjadi besar dan akhirnya menguasai landskap ekonomi negara.

Ubahlah persepsi kita terhadap bangsa Melayu Islam kita. 

Janganlah terlalu mengkagumi orang lain tanpa sedar akan keupayaan dan kemampuan sendiri.

Tambahan pula, kita sebenarnya memiliki ramai tokoh yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing termasuklah ekonomi.

Mengapa perkara ini tidak mahu ditonjolkan? Ia merupakan masalah inferiority complex yang perlu dihapuskan dalam minda kita!

2. Pembudayaan Semula

“Apa yang hendak dibudayakan semula?” “Nilai-nilai Islam yang telah ditinggalkan.” Bagaimana masyarakat Eropah mula menguasai dunia pada abad pertengahan?

Ya, apabila mereka mengangkat semula identiti tinggalan Yunani dan Romawi! Bukan itu sahaja, mereka turut mempromosi identiti mereka itu dengan bangganya kepada masyarakat dunia.

Lihatlah, masyarakat Jepun begitu bangga dengan budaya mereka yang diamalkan pada era Meiji hingga kini.

Sehinggakan budaya tersebut menjadikan orang Jepun sebagai kiblat kemajuan di timur. Adakah kita umat Islam tidak ada nilai-nilai yang perlu diangkat dan dibanggakan? Renung kembali katakata

Umar bin al-Khattab tatkala kekuasaan umat Islam di bawah pemerintahannya menjadi kuat timur dan barat, beliau berkata:

“Kita dahulunya satu kaum yang paling hina, kemudian Allah memuliakan kita dengan Islam. Tatkala kita mencari kemuliaan selain daripada yang Allah berikan kepada kita, kelak kita akan dihina oleh Allah.” (Riwayat al-Hakim)

Ya, itulah yang perlu kita lakukan sekarang. Jadikan nilai-nilai Islam sebagai budaya hidup kita.

Biarlah orang yang baik, orang yang jujur, orang yang kuat, orang yang hebat itu kembali ada pada diri umat Islam kini.

Apabila Islam kembali dijadikan cara hidup, kelak janji Allah akan tiba!

3. Ulangi Sejarah

Apabila persepsi buruk tentang bangsa Melayu Islam berjaya dileburkan, kemudian nilai-nilai Islam kembali diterapkan.

Dengan izin-Nya, sejarah kehebatan dan kegemilangan akan kembali. Tidakkah kita lupa dengan janji yang Allah berikan kepada kita apabila kita beriman dan bertakwa?

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): ‘Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi". (QS Al-A’raf 7: 96)

Justeru, kita haruslah sedar bahawa kehinaan, ketinggalan, kemunduran yang dihadapi oleh umat Islam sendiri adalah disebabkan oleh faktor sikap.

Kita berasa takjub dengan apa yang dibawa oleh orang lain, sedangkan meninggalkan segala kelebihan dan kemuliaan yang ada pada kita.

Inilah yang menjadikan agama Islam dipandang hina oleh musuh-musuh Islam.

Di saat manusia hari ini dilanda dengan pelbagai krisis kehidupan, Islamlah satu-satu jalan keselamatan.

Tinggal menunggu perubahan dalam diri umat Islam sahaja. Dengan cara itu, sejarah kebangkitan umat Islam akan berlaku kembali!

Hayatilah ungkapan bersejarah tatkala berhadapan dengan Rustum, panglima perang Parsi dalam Peperangan al-Qadisiyah.

Kemenangan umat Islam dalam peperangan ini telah mengubah sejarah dunia!

Empayar Parsi yang gah itu akhirnya runtuh. Rab’i bin ‘Amir berkata:

Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.” (Al-Bidayah wa al- Nihayah, Ibn Kathir)

Rujukan:

Al-Qur'anul Karim, Surah Al-A’raf 7: 96

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%