,

Bagaimana Perasaan Takut Dapat Memotivasikan Kita

Takut Suatu Persediaan

Rasa takut merupakan sifat kejiwaan yang bersemayam di dalam hati manusia. Hakikatnya perasaan takut ialah anugerah buat manusia untuk lebih dekat kepada pencipta yakni Allah SWT.

Dalam surah Al-Ahzab ayat 39 Allah berfirman:

“Adapun orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang pun selain Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Penghitungan”.

Kalau kita takut hujan, kita akan sediakan payung. Apabila kita takut lemas dalam air, kita akan belajar berenang atau memakai jaket keselamatan.

Dan apabila kita takut gagal dalam peperiksaan, kita akan belajar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Berdasarkan situasi yang saya kemukakan tersebut jelas menunjukkan bahawa perasaan takut ini ialah suatu persediaan buat manusia.

pertandingan menulis iluvislam

Takut Tanda Ketakwaan

Rasa takut juga merupakan tanda ketakwaan kita kepada Allah SWT. Saidina Ali berkata bahawa takwa ini ada 4 iaitu:

  1. Rasa takut kepada Allah
  2. Beramal secara penuh dengan Kitabulllah
  3. Bersyukur dengan nikmat yang sedikit
  4. Bersedia untuk menghadap Allah pada bila-bila masa

Rasa takut kepada Allah ini mendorong kita untuk meningkatkan amal kebaikan dan meninggalkan semua yang dilarang-Nya.

Kehebatan rasa takut kepada Allah ini membenihkan takwa dalam diri manusia.

Takut juga berperanan untuk memotivasikan hidup kita untuk menjadi lebih baik. Perasaan takut menjadikan manusia lebih bersedia dalam menghadapi sesuatu perkara.

“Dan sentiasalah mengingati perkara yang boleh memutuskan kelazatan dunia yakni mengingati mati.”

Apabila kita mengingati mati pasti akan wujud ketakutan dan kebimbangan dalam diri kita.

Ketakutan dan kebimbangan inilah yang akan menjadi motivasi serta dorongan untuk kita bersedia dalam kehidupan.

Takut juga sebenarnya merupakan proses dalam membina keberanian dalam hidup manusia.

Sebagai seorang manusia, keberanian dalam menyatakan kebenaran akan lahir sekiranya kita berasa takut dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kita takut dihumban ke neraka jahanam.

Terdapat beberapa jenis ketakutan manusia seperti Fear Of Rejection, Fear Of Failure, Fear Of Poverty, Fear Of Criticism dan Fear Of Sickness.

Masih banyak lagi jenis ketakutan manusia yang lain.

Namun begitu, kita perlu mengawal perasaan takut ini agar tidak menjadi halangan dalam memajukan diri. Terdapat beberapa kategori takut iaitu:

  1. Takut Berlebihan
  2. Takut Sederhana
  3. Takut Kurang

Jangan jadikan rasa takut itu sebagai alasan tapi lihat ketakutan itu sebagai suatu cabaran dan ujian dalam membuat persediaan.

Jangan kita jadi insan yang penakut tapi jadilah mereka yang takut kerana Allah.

#maafkansayadoakansaya

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mazamirrul Bin Drahman. Merupakan pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1) – klik di sini untuk menyertai PPii1.

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Total votes: 14

Upvotes: 13

Upvotes percentage: 92.857143%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 7.142857%