, ,

Antara Sejarah Peperangan Dalam Islam

  • Ma’ul Kadr di Bani Salim

Sebab berlakunya perang ini adalah kerana ada beberapa orang dari Bani Salim yang memerangi dan memusuhi kaum muslimin sejurus setelah perang Badar, tetapi Rasulullah mengejutkan mereka dengan serangan cepat yang tak disangka-sangka.

  • Perang As-Sawiq

Sebab berlakunya perang ini adalah kerana Abu Sufyan dan pasukannya datang dari Makkah dan berkomplot dengan pemimpin Bani An-Nadhir untuk memberitahu rahsia kaum muslimin, lalu Abu Sufyan menyerang kawasan Al-Uraidh dan membunuh dua orang Anshar, kemudian lari ke Makkah semula.

Rasulullah dan kaum muslimin mengejar tetapi tidak berhasil menangkap mereka. Dipanggil As-Sawiq kerana kaum musyrikin lari sambil buang as-sawiq (gandum yang dicampur bahan lain untuk dimakan) bagi meringankan beban mereka.

Setelah lima hari, kumpulan muslimin kembali semula ke Madinah tanpa ada perang dengan musuh.

  • Perang Dzi Amar

Antara peristiwa penting yang berlaku ialah keislaman Da’tsur bin Al Harits iaitu pada asalnya merupakan tokoh kaum musyrikin dari Bani Tha’labah dan Muharib.

Da’tsur melihat Rasulullah sedang berehat di bawah pohon. Lalu, Da’tsur berjaya menghampir Baginda, menghunuskan pedang sambil berkata: “Wahai Muhammad, siapa yang melindungimu daripada pedangku hari ini.” Rasulullah menjawab: “Allah.”

Lalu, malaikat Jibril menolong Baginda sehingga Da’tsur terjatuh. Rasulullah mengambil pedang itu dan berkata: “Siapa yang melindungimu dariku sekarang?”

Dengan izin Allah, Da’tsur masuk Islam dan mengajak kaumnya masuk Islam.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Total votes: 9

Upvotes: 9

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%