, ,

Allah Tahu Yang Terbaik Untuk Kita

فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡ‍ٔٗا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرٗا كَثِيرٗا ١٩

Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (QS An-Nisa’:19)

Mungkin kita diuji dengan kemiskinan harta yang kita tidak mahu tetapi sebenarnya itulah keadaan yang terbaik bagi kita seperti mana yang pernah berlaku kepada Sa’labah, di dalam hatinya wujud sifat munafik.

Sa’labah yang pada mulanya hidup miskin bertemu Rasullullah dan meminta baginda mendoakannya menjadi kaya.

Baginda berkata:

قليل تشكره خير من كثير لا تطيقه

Maksud: Wahai Sa’labah, sedikit kamu dapat kamu bersyukur lebih baik dari banyak kamu tidak mampu hendak pikul.

Setelah itu, Nabi pun mendoakannya begitu. Berkat doa Baginda, kambing-kambingnya jantan dan betina beranak-pinak seperti ulat, (ulat kalau beranak-pinak sekali banyak)

Sa’labah yang kerap datang ke masjid sudah mula sibuk dengan kambingnya. 

Dia datang di waktu malam sahaja kerana di waktu Zuhur dan Asar dia sibuk dengan urusan kambing.

Kambing mulai banyak, sewaktu Maghrib dan Isyak pun dia tidak hadir ke masjid kecuali sewaktu solat Jumaat sahaja. 

Kambingnya mulai banyak sehingga memenuhi di antara dua lembah gunung. 

Setelah itu, solat Jumaat pun dia tidak hadir.

Tiba satu tahun, giliran untuk memungut zakat, Nabi menghantar dua orang wakil untuk mengambil zakat dari Sa’labah.

Pada awalnya, Sa’labah berkata jika dia kaya, dia akan bantu, sedekah tetapi ternyata tidak mempunyai kesungguhan. 

Mereka menyuruh Sa’labah mengeluarkan zakat.

Sa’labah: Ini umpama jizyah. (cukai yang ditetapkan kepada yang bukan Islam.)

Sa’labah sudah menyamakan cukai dengan jizyah, imannya sudah tidak kuat.

Sa’labah: Kamu kutip dari orang lain dahulu setelah itu datang semula ke sini. Tertanam di dalam hatinya sifat kedekut kerana kambingnya sudah banyak.

Di dalam fikirannya, dia perlu menyedekahkan 4 kambing di sebalik 400 ekor kambingnya. 

Jikalau dia mempunyai 4000 kambing, bererti dia harus menyedekahkan 40 ekor kambingnya.

Dua sahabat Nabi ini berpatah balik setelah mengutip zakat dari yang lain, mereka bertemu Sa’labah, jawapan Sa’labah adalah aku mahu fikir lagi. 

Mereka pun bertemu Rasullullah tanpa mengambil zakat Sa’labah.

Daripada jauh Nabi melihat orang itu berjalan kepada Rasullullah dan tidak melihat banyak kambing, Nabi sudah tahu Sa’labah tidak mengeluarkan zakat.

Nabi bersabda:

قليل تشكره خير من كثير لا تطيقه

Maksud: Celakalah kamu wahai Sa’labah

Di awalnya kamu miskin, kamu meminta menjadi kaya.

قليل تشكره خير من كثير لا تطيقه

Apabila miskin tetapi mengeluarkan zakat lebih baik dari menjadi kaya tetapi tidak mengeluarkan zakat yang wajib.

Allah berfirman kepada Nabi dengan melarang mengambil zakat dari Sa’labah.

Suatu hari, Sa’labah datang untuk mengeluarkan zakat.

Baginda: Aku dilarang Allah untuk menerima zakat dari kamu.

Perkara itu berlarutan sehingga Baginda wafat. Lalu, Sa’labah pun pergi membayar zakat kepada Saidina Abi Bakar.

Abu Bakar: Orang lebih baik dari aku pun tidak menerimanya, bagaimana aku mahu terima.

Setelah itu, Sa’labah ingin membayar zakat kepada Saidina Umar.

Umar: Dua orang lebih baik dari Usman pun tidak menerimanya, bagaimana aku mahu terima.

Sampailah Sa’labah meninggal dunia di zaman Usman dan Ali.

Siapa tahu rahsia terbaik untuk kita?

Allah. Jadi, kita kena dengar nasihat Rasullullah dalam kisah terdahulu iaitu:

قليل تشكره خير من كثير لا تطيقه

Kadang-kadang kita merasa diri kita diuji dengan kekurangan wang, padahal itulah keadaan yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah.

Rujukan:

Al-Qur'anul Karim, Surah  An-Nisa’:19

Cocombee, Allah Tahu Yang Terbaik Untuk Kita (Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid) https://www.youtube.com/watch?v=n0dCUi0WyGw