,

Al-fatihah Secara Qata’ (potong) Atau Wasal (sambung)

Minggu lepas, tak ingat hari sabtu atau ahad, saya menghadiri kuliah Subuh di kampung.

Satu perkongsian yang menarik daripada Alfadhil Al-ustaz Irwan berkenaan cara bacaan Al-fatihah kita khususnya imam yang dilantik untuk mengimami solat terawih samada bacaan secara qata'(putus) atau wasal(sambung).

Pada saya ianya mungkin satu kesilapan kecil yang dipandang enteng oleh sebahagian imam atau barangkali ianya satu ilmu yang kurang didedahkan.

Antara bacaan Alfatihah yang terbaik adalah sepertimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada para sahabat dan tabieen.

Ini antara bacaan yang terbaik daripada guru Rasulullah iaitu Jibril A’lahi Salam iaitu dengan memutuskan setiap bacaan pada penghujung ayat al-fatihah seperti mana bacaan solat fardhu kita.

Namun, kebiasaan masyarakat kita apabila solat sunat terawih terdapat sebahagian imam membaca dengan bacaan wasal tetapi tidak kesemua ayat.

Di sini para ulama’ membahagikan dalam setiap ayat daripada alfatihah itu ada bahagiannya.

1) Permulaan (بسم الله)
2) Puji-pujian kepada Allah (Ayat 2 – 4)
3) Pengakuan kita sebagai hamba kepada Allah (Ayat 5)
4) Pengharapan kita sebagai hamba kepada Allah (Ayat 6 – 7)

Di dalam kitab منار الهدى ada menyebutkan bahawa di sini terdapat 2 bacaan alfatihah yang betul secara qata'(putus) dan wasal(sambung).

Ianya bukan hanya sembrono kita memutuskan dan menyambung bacaan alfatihah kita.

1) Cara bacaan Ahli Kufāh adalah dengan memutuskan pada 4 tempat :

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ •• الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ •• إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ •• اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ••)

2) Cara bacaan Ahlul Madinah dan Bāsrah pula memutuskan pada 3 tempat sahaja :

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ •• إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ •• اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ••)

Maka di sini jelas para ulama telah memberikan manhaj yang betul untuk kita ikuti, tidaklah menjadi salah dan terbatal solat jika kita tersalah cara bacaan qata’ atau wasal ini.

Akan tetapi ianya menjadi lebih baik jika kita mengikuti sesuatu perkara itu dengan ilmu dan manhaj yang terbaik.

Betulkan yang biasa biasakan yang betul, moga bermanfaat untuk diamalkan!

SALAM NUZUL QU’RAN 😊

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Ammar Redza dari Jabatan Al-qur’an Dan Al-hadith.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%