, ,

Aku Menagih Cinta Lelaki Lain di Hadapan KekasihKu! (bahagian 1)

Mendewasakan diri sememangnya sebuah pengalaman yang sangat perit jika tersalah haluan.

Namun, ianya menjadi lebih perit ketika aku tersedar bahawa aku sedang menagih cinta lelaki lain di hadapan kekasihku yang sangat setia dengan diriku yang hina dina ini.

Sebenarnya, perkara ini juga telah dan pernah dilakukan oleh kita semua tanpa disedari oleh kealpaan seorang insan bergelar diri sendiri.

Kekasihku, sungguh tidak berkira untuk memberikan diriku termasuk ahli keluargaku apa-apa sahaja yang kami pinta. Bagaikan meminta sebutir biji sawi, aku akan terus diberikan seladang kebun sayur-sayuran yang mampu aku semai serta menjual hasilnya.

Sungguh dermawan kekasihku sehinggakan aku menjadi segan jika tidak mengusahakannya dengan sebaik mungkin.

Tatkala aku jatuh dan sedih dalam akademik atau apa sahaja, kekasihku akan berada di sisiku, memujukku sehinggalah terbit sinar pelangi di sebalik senyumanku.

Kekasihku ikhlas, sangat-sangat ikhlas. Aku sungguh mencintai kekasihku namun sungguh aku merupakan manusia yang hina dan tidak layak diberikan segala nikmat ini. Aku telah meminta dan menagih cinta lelaki lain daripada kekasihku.

Jika kekasihku ini memiliki susuk tubuh seperti seorang jejaka yang sempurna, wajah bersih yang sentiasa menyenangkan, baik akhlaknya, pasti mereka akan menyatakkan diriku ini tidak sedar dek untung.

Pastinya ramai gadis di luar sana hendak memiliki kekasih seperti itu. Namun, ianya berlaku sebaliknya. Tidak ramai yang sudi kerana dunia sudah berubah belaka.

Kekasihku itu ialah, Allah SWT dan Rasullah SAW. Sesungguhnya aku telah menagih cinta dan kasih seorang manusia yang belum tentu aku akan memperolehi cintanya kelak.

Lelaki yangku sebut namanya di hadapan kekasihku itu jugalah pernah menjadi saksi bahawa cintaku hanyalah untukMu sahaja.

“Syah, kau ada suka sesiapa tak?”

“Entahlah, pada saya, perasaan suka ni rumit sangat. Saya hanya meletakkan cinta saya ini untuk mencintai Allah dan Rasul. Yang lain, tiba masanya, saya terus bernikah. Saya serahkan sepenuhnya kepada Allah.”

Mengingatkan kembali, sesungguhnya aku sangat segan rasanya untuk menadah tangan berdoa setiap hari supaya Allah membukakan hati dia untuk memilih aku sebagai suri hatinya dunia akhirat. Segan yang amat apabila diri ini mengingati perkara tersebut.

Sehinggalah suatu malam, aku tersedar. Diriku telah pergi bertarawih dan dengan izin-Nya, aku telah menyapa seorang lelaki tinggi, berpakaian jubah putih dan serban putih untuk bertanyakan mengenai pintu bahagian wanita yang terkunci, apakah pintu pendua di bahagian lelaki mampu dibuka untuk membolehkan aku masuk ke saf wanita.

Sejurus aku menyapa lelaki itu, langsung dia terkejut dan terdiam. Reaksinya sungguh mendidik diriku ini.

Dia sekadar mengangguk-angguk dan membantu aku memeriksa sama ada pintu tersebut boleh dibuka ataupun sebaliknya.

MasyahAllah, sungguh lelaki yang aku sapa itu merupakan pelajar tahfiz yang menjadi imam solat tarawih. Aku berasakan dia terkejut kerana ditegur oleh seorang akhwat.

Dari situ aku sudah tersedar, alangkan aku menyapa dirinya untuk memudahkan diriku supaya dapat beribadat dan bersujud kepada pencipta, itu sudah sangat dijaga olehnya dalam konteks pergaulan dan percakapan dia.

MasyaAllah… Ya Allah… Aku sebagai akhwat perlulah lebih menjaga diriku dengan lebih lagi.

> bersambung bahagian 2 (akhir) <

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Hanis Syahirah.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%