, ,

Doa Nabi Muhammad S.A.W

Apa amalan Nabi Muhammad S.A.W. sehingga Allah berkenan memudahkan urusannya? 

Jawapannya ialah kerana salah satu amalannya yang kuat bertahajud.

Ketika Nabi Muhammad ingin berhijrah ke Madinah, terdapat 100 orang musyrikin Mekah yang mengepung di luar rumahnya untuk membunuhnya.

Dia juga orang pertama yang beriman dengan ajaran baginda, mengorbankan hartanya untuk  baginda, menemani baginda dalam peristiwa hijrah, menjadi mertua baginda, maqamnya ditempatkan di sebelah maqam baginda, hidup bersama baginda di dunia, kuburnya di sebelah baginda dan di akhirat bersama baginda.

Saidina Ali Bin Abi Talib pula merupakan keluarga baginda,pemuda ahli syurga, pemuda yang dipuji baginda dan dipilih untuk mendampingi putri kesayangan baginda

Ketika peristiwa hijrah, baginda memerintahkan Saidina Abu Bakar menemaninya manakala Saidina Ali menggantikannya di tempat tidurnya.

Bagaimana pasukan Yahudi yang mempunyai pasukan khusus, yang berjaga malam semasa mengepung baginda boleh tidak perasan pergerakan keluar baginda serta Abu Bakar dari rumah baginda?

 Ia adalah kerana pandangan mereka ditutup dan baginda keluar dari rumah sambil membaca Surah Yassin: 9:

وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ سَدّٗا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدّٗا فَأَغۡشَيۡنَٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ  ٩       

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. (QS Yassin: 9)

Kami jadikan di hadapan dan di belakang mereka pembatas sehingga mereka tidak dapat melihat. Lalu, Allah jadikan musyrikin tersebut tertidur.

Kenapa Abu Bakar yang dipilih menemani baginda? Kerana menurut para ulama’ , ketika hendak berhijrah, memang harus memilih orang yang paling jujur, dipercayai dan yang paling rela menemani baginda sebagaimana seorang tabi’in pernah berkata kepada Umar R.A. di zaman pemerintahan beliau, saya suka orang ini, ditunjuknya seorang itu.

Umar: Adakah kau pernah bermusafir dengannya?

Pemuda: Belum.

Umar: Kalau begitu, kau belum mengenalnya.

Jika mahu mengukur sifat asli seseorang itu, orang bermusafir memerlukan pengorbanan harta, waktu dan mengalah kepada sahabat.

Seringkali terjadi pada waktu biasa seseorang itu kelihatan baik-baik sahaja tetapi semasa bermusafir dia menjadi emosional, tidak mahu membayar penginapan dan sebagainya.

Maka, di sini Allah memilih Abu Bakar walaupun ada sahabat lain yang kuat secara fizikal.

Dikatakan oleh Aisyah, maka aku melihat ayahku, Abu Bakar menangis kerana gembiranya ia pada waktu itu yang disuruh menemani Rasullullah S.A.W. yang belum pernah aku melihat seseorang manusia menangis kerana senangnya seperti itu.

Maka, Abu Bakar pun mengatur strategi yang luar biasa untuk hijrahnya bersama baginda. Mereka ke Gua Tsur di arah selatan Mekah.

Setibanya di Gua Tsur, baginda dilarang oleh Abu Bakar untuk masuk sehinggalah Abu Bakar memeriksa keadaan di dalam gua itu selamat dan menutupi lubang-lubang di dalam gua tersebut kecuali dua lubang yang tidak boleh ditutup, barulah baginda dibenarkan memasukinya.

Abu Bakar yang ingin melindungi baginda juga apabila berjalan mengiringi baginda, berjalan di hadapan, kiri, kanan dan belakang baginda kerana risau akan ada yang mencederakan baginda.

Baginda menenangkan Abu Bakar dengan berkata, “sesungguhnya Allah bersama kita.” Di dalam gua, biasanya lubang yang tidak ditutup terdapat ular atau kala jengking.

Abu Bakar meletakkan kedua telapak kakinya di lubang yang tidak ditutup. Lalu Nabi S.A.W. dipersilakan masuk dan baginda tidur di paha Abu Bakar

Ketika baginda tidur di paha Abu Bakar, kakinya disengat binatang buas dan Abu Bakar kesakitan tetapi dia tidak menggerakkan sedikit pun kakinya kerana beliau tidak mahu menggangu tidur baginda.

Lalu, kerana kesakitan yang teramat sangat, Abu Bakar menangis lalu titisan air matanya jatuh di wajah baginda. Maka, baginda terbangun lalu mengetahui hal sebenar.

Baginda meludah bahagian kaki Abu Bakar yang sakit lalu sembuhlah kesakitannya.

Berdasarkan peristiwa di atas, kita boleh mengamalkan Surah Yasin ayat 9 untuk melindungi diri kita daripada manusia yang ingin berbuat jahat kepada kita seperti terlindungnya baginda dan Saidina Abu Bakar dari pandangan kaum musyrikin.

Seterusnya, kita dapat lihat betapa besarnya pengorbanan sahabat yang cintakan nabi sehingga mendahului keselamatan nabi dari dirinya.

Begitulah juga kita dalam bersahabat, sayangilah rakan kita dengan seikhlas hati dan elakkan sifat saling mendengki dengan sahabat kita.

Rujukan:

Video Dakwah, Kisah Nabi Dikepung 100 Pemuda Bersenjata-Ustadz Adi Hidayat, Lc. MA

Al-Qur’anul-Karim, Yasin:9