,

Fikiran Si Antagonis Kehidupan

Hakikat sebuah perjalanan yang tidak pernah menjadikan penat sebagai ancaman diprinsipkan dalam diri seseorang yang aku kagumi. Bukan mudah. Bukan susah.

Tidak penat yang aku maksudkan adalah tidak pernah takut pada setiap langkah, tidak pernah takut pada pemikiran kecelaruan atas rekaan fikiran & setiap keputusan yang dibuat.

Tidak pernah sekali aku berhenti untuk berprasangka untuk menjadi salah seorang darinya.

Pernah aku bertanya pada diri kenapa aku selalu merasa lelah dan kadangkala ingin bersendirian, berada dalam momentum yang sama, biarlah tiada cabaran kerana mungkin diri terlalu takut dengan kemungkinan yang akan terjadi.

Kenapa?

Kadang-kadang aku lebih gemar meletakkan diri sebagai watak antagonis sebab aku cuba jadikan asbab pendirian sebagai polisi dalam meneruskan kekuatan.

Kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan? Bukan kekerasan itu yang aku maksudkan.

Untuk menjadikan pasir menjadi kaca, kekuatan haba menjadi asbab pembentukan,

Untuk menjadikan air menjadi panas, kekuatan haba menjadi asbab penukaran,

Untuk 80km/jam ke 120km/jam, keupayaan sejauh mana aliran tenaga yang ditekan melalui pedal kenderaan menjadi asbab,

Ya betul, tidak aku nafikan ada bahagian kelembutan yang menjadi analogi dalam pembentukan atau sesuatu proses penukaran.

Kekerasan ini kadang-kadang mengelirukan kerana kelembutan yang menjadi ‘sahabat’ terdekat. Kelembutan yang mampu melupakan bahawasanya sesuatu itu adalah kekerasan.

Kelembutan yang aku maksudkan adalah keupayaan pemikiran menukarkan perkara itu menjadi baik hatta aku mengetahui itu adalah dalam konteks ketegasan.

Kekerasan yang diciptakan mudah retak apabila selalu diberi tekanan. Dalam konteks asas kejuruteraan, had atau tahap ‘selamat’ sesuatu bahan sebelum terputus adalah dua pertiga daripada titik maksima selepas kekuatan tarikan atau tegangan.

Aku terus berfikir apakah yang akan terjadi pada satu pertiga bakinya?

Secara peribadinya,warning zone ataupun aku boleh konklusikan sebagai zon bahaya. Zon yang menghalang kita dari keluar dari zon had.

Persoalannya adakah kita nampak zon bahaya pada laluan kehidupan kita?

Jujur, susah untuk aku faham analogi stress-strain graph ini dengan realiti pada kehidupan awalnya. Bilamana aku bekerja dalam bidang ini, baru aku faham dengan lebih mendalam, bukan hanya teori.

Ultimate tensile strength limit merupakan titik dimana sesuatu struktur bahan yang tidak akan berbalik pada bentuk yang asal, semakin tinggi daya tarikan yang akhirnya akan sampai pada titik fracture.

Titik fracture yang paling aku takutkan. Titik yang membuatkan sesuatu specimen bahan terputus pada titik terakhir.

Satu masa yang aku fikirkan adalah betulkah tiada cara lain untuk perbetulkan apabila sampai ke titik yang terakhir itu? Yang aku jumpa secara teorinya, tiada.

Aku konklusikan pemahaman analogi titik yang terakhir adalah kematian.Mungkin.

Berbalik pada titik sebelah ultimate tensile strength test iaitu warning zone, apa yang boleh aku fahamkan adalah satu tahapan yang sebolehnya jangan pernah memasukkan diri sama ada secara dalaman ataupun luaran.

Tahap tekanan yang ditekankan jugak bukan hanya sebab diri kita sampai ke satu titik. Secara teori, daya kemampuan sesuatu bahan sudah ditentukan dan kita tahu berapa nilaniya.

Bezanya dengan manusia, kita tidak akan pernah tahu berapa daya keupayaan kita yang menyebabkan kita berspekulasi bahawa tekanan yang diberikan terlalu tinggi atau berat.

Istimewanya, kita mempunyai daya sandaran yang tidak akan pernah melampaui mana-mana titik iaitu sandaran kita pada Tuhan.

Silapnya, paranoid yang kita cipta sendiri sampai lupa Tuhan kita menguasai segalanya.

Had yang kita ada adalah sejauh mana sandaran kita pada Allah dan sejujurnya tiada.

Analogi yang menjadikan kita berfikir semula kenapa sedemikian rupa dan bagaimana Allah menjadikan kita istimewa sebagai hambaNya.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Aisya Insyira binti Jamil. Berasal dari Johor Bahru. Merupakan jurutera analisa tekanan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%