,

7 Manfaat Sedekah Yang Wajib Anda Tahu

Bersedekah merupakan amalan mulia dan sangat dituntut dalam Islam.

Banyak manfaat yang dijanjikan bagi sesiapa yang menyumbangkan hartanya ke arah kebaikan.

Sedekah atau sadaqah merupakan perkataan yang berasal dari perkataan Arab (Bahasa Arab: صدقة‎)  yang bermaksud benar.(1)

Dari segi syara’ "sedekah" bermaksud pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. (2)

Ini juga termasuk menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T, seperti menyumbang kepada fakir miskin, keluarga ataupun untuk kepentingan jihad di jalan Allah (Fi Sabilillah).

Terlalu banyak manfaat bersedekah yang sering kita dengar.

Ramai juga orang yang sudah mengalami keajaiban bersedekah  ataupun “The Power of Sedekah” ini.

SARANAN BERSEDEKAH

Menerusi firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Terdapat beberapa manfaat utama bersedekah yang ingin dikongsikan pada hari ini. Jom ketahui manfaat-manfaat berikut.

1. Dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda

Unsplash.com

Terdapat ayat yang jelas dalam Al-Quran yang menerangkan tentang manfaat sedekah. Antaranya adalah dijanjikan ganjaran pahal yang berlipat ganda oleh Allah S.W.T. 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. 

(Surah al-Baqarah, ayat 261) (3)

2. Mendapat perlindungan di hari akhirat

Unsplash.com

Rasulullah S.A.W menjelaskan tentang 7 jenis manusia yang mendapat perlindungan di suatu hari yang ketika itu tidak ada perlindungan lain selain dari Allah, yaitu hari akhirat.

Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:

رجل تصدق بصدقة فأخفاها، حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(HR. Bukhari no. 1421)(4)

3. Mendapat pengampunan dosa

Pixabay.com

Selain mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda, ibadah yang dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk mendapatkan keridhaan Allah S.W.T.  tentunya akan dibalas dengan segala kebaikan lain.

Rasulullah S.A.W:

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 

(HR. Tirmidzi, di sahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)(5)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa amalan sedekah dapat menghapuskan dosa pengamalnya.

Oleh itu banyakkanlah bersedekah untuk menyucikan diri kita daripada dosa-dosa lampau.

4.Menambahkan keberkatan dalam beribadah

Pixabay.com

Terdapat jaminan bahawa sesiapa yang bersedekah tidak perlu bimbang akan kekurangan harta dan punca rezeki.

Dari Abu Hurairah R.A, bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، عن رَسُولَ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلّم قَالَ : مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زادَ اللهُ عَبْداً بعَفْوٍ إِلاَّ عِزّاً، وَمَا تَوَاضَعَ أحَدٌ للهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللهُ.  رواه مسلم وغيره

‘Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya,) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat), serta tidaklah seseorang merendahkan diri karena Allah kecuali Dia akan meninggikan (derajat)nya (di dunia dan akhirat).’

(HR. Muslim, no. 2588 dan imam-imam lainnya).(6)

Orang yang bersedekah  tidak perlu risau bahawa duit akan berkurangan jika bersedekah.

Jika niat sedekah ikhlas kerana Allah S.W.T, Insyaallah dia akan mendapat rezeki yang berkat.

Bersedekah juga dapat membuka pintu rezeki.(7)

Keutamaan untuk bersedekah ini tidak seharusnya disia-siakan begitu saja.

Semoga manfaat-manfaat ini dapat memotivasikan diri kita supaya lebih kerap bersedekah dan beramal jariah.

5. Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T

Rawpixel.com

Ibadah sedekah sama seperti ibadah yang lainnya. Semakin banyak dilakukan, semakin meningkatlah keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 sepertimana berikut:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.(8)

Berdasarkan firman tersebut,dapat kita lihat bahawa Allah S.W.T telah menjamin bahawa orang yang beribadat niat ikhlas kerana Allah S.W.T tidak akan tersesat. Sedekah dengan niat ikhlas mengharapkan keredhaan Allah S.W.T secara tidak langsung tentunya dapat meningkatkan keimanan  kita kepada Allah S.W.T.

6.Terhindar dari sifat kedekut

Unsplash.com

Sifat kedekut dan bakhil merupakan sifat buruk yang wajib dihindari.

“Dan orang-orang yang bakhil (kikir) itu jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari surga dan dekat pada neraka.” 

(H.R. Tirmidzi)(9)

Sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya mempunyai sifat angkuh dan sombong dengan harta sementara yang dipinjamkan kepada kita semua. Semua kurniaan rezeki yang diterima mestilah disyukuri dan dikongsi dengan orang yang lebih memerlukan.

Itulah sebaik-baik amalan. Oleh sebab itu, amalan bersedekah tentunya dapat membendung kita menjadi  kedekut dan sayangkan harta.

Semoga kita semua terhindar dari sifat kikir hendaknya dan dapat menjadi seorang yang lebih pemurah di masa akan datang.

7. Melatih diri agar lebih bersyukur

Unsplash.com

Dalam hidup, kita sebagai manusia sering memfokuskan tentang benda yang kita tiada.

Kita seringkali kurang bersyukur dan mengharapkan sesuatu yang lebih dan diluar kemampuan kita.

Apabila menghadapi sesuatu kesusahan, kita kerap mengeluh dan merasakan bahawa hidup ini tidak adil.

Tapi apabila kita cuba untuk bermuhasabah diri dan memerhatikan kesusahan yang dihadapi orang lain yang lebih parah dari kita, kesusahan yang kita rasakan sekejap tadi menjadi jauh lebih kecil.

Dengan memberi sumbangan kepada seseorang yang lebih susah dari kita, dapat menjadikan kita seorang yang lebih bersukur dan mengangkat sedikit beban yang kita rasakan terlebih berat sebelum ini.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

أَمَرَنِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ أَمَرَنِي بِحُبِّ الْمَسَاكِينِ وَالدُّنُوِّ مِنْهُمْ وَأَمَرَنِي أَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ دُونِي وَلَا أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقِي

Suatu saat Nabi Muhammad S.A.W pernah menyampaikan nasihat kepada Abu Dzar. Abu Dzar berkata,

“Kekasihku iaitu Nabi Muhammad S.A.W. memerintahkan tujuh perkara kepadaku, (di antaranya): [1] Beliau memerintahkanku agar mencintai orang miskin dan dekat dengan mereka, [2] beliau memerintahkanku agar melihat orang yang berada di bawahku (dalam masalah harta dan dunia), juga supaya aku tidak memperhatikan orang yang berada di atasku. …”

-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

(Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini sahih)(10)

Hari Pembalasan merupakan hari di mana semua amalan akan terpapar dan dipersoalkan. Ia merupakan saat yang sukar buat kita semua.

Tapi, pada hari berikut, hanya sedekah yang dapat menolong kita di akhirat nanti. Jadi, banyakkanlah amalan bersedekah untuk bekalan masa hadapan di alam yang kekal. 

Semoga amal ibadah kita diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah S.W.T. Amin.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%