,

Bani Israel Kaum yang Jahil

(وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتَوۡا۟ عَلَىٰ قَوۡمࣲ یَعۡكُفُونَ عَلَىٰۤ أَصۡنَامࣲ لَّهُمۡۚ قَالُوا۟ یَـٰمُوسَى ٱجۡعَل لَّنَاۤ إِلَـٰهࣰا كَمَا لَهُمۡ ءَالِهَةࣱۚ قَالَ إِنَّكُمۡ قَوۡمࣱ تَجۡهَلُونَ)

“Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: “Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan”. Nabi Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.” [Surat Al-A’raf 138]

Ayat ini mengisahkan tentang Nabi Musa bersama Bani Israel yang mana Allah telah menyelamatkan mereka dari kecelakaan Firaun dan tenteranya, ketika mereka keluar daripada laut ada satu kaum yang menyembah patung berhala.

Maka Bani Israel takjub dengan perbuatan mereka, dan meminta kepada Nabi Musa untuk jadikan mereka berhala tuhan seperti mereka, jadi Nabi Musa marah kepada mereka dan menyifatkan mereka sebagai orang yang Jahil.

Mengapa Bani Israel meminta kepada Nabi Musa untuk jadikan satu patung tuhan seperti berhala kaum yang mereka lihat?

Kerana mereka kaum yang jahil. Mereka jahil tentang kedudukan Allah, mereka jahil tentang keesaan Allah, mereka jahil bahawasa tidak boleh mensyirikkan Allah.

Mereka jahil tentang berhala adalah penghambaan yang batil kerana ia bukan tuhan, mereka jahil bahawasanya orang yang menyembah berhala adalah kafir.

Mereka jahil bahawasanya mereka rugi kerana menyembah berhala, mereka jahil bahawasanya tidak boleh orang mukmin menyerupai orang kafir, dan dengan meniru, mengikut pada kekufuran mereka.

Kita simpulkan (إِنَّكُمۡ قَوۡمࣱ تَجۡهَلُونَ) sebagai mutlak, bukan taqyid (terikat), maka Jahil di sini ke atas umum dan menyeluruh, dan kehendak maksud yang disifatkan kepada bani israel adalah dengan jahil umum yang mutlak, yang menyeluruh kejahilannya.

Bila kita melihat pada sudut atau penerangan ayat ini, kita akan dapati kalimah (تَجۡهَلُونَ) pada ayat tentang (جهل الاعتقادي) yakni jahil dalam beraqidah atau pegangan, kerana keterangan ayat berkenaan aqidah.

Adakah Bani Israel ni jahil dalam sudut mereka tiada ilmu?

Tidak, Bani Israel ada Ilmu Nazhori (Ilmu yang perlu kepada berfikir), Nabi Musa telah memberitahu mereka yang Tiada Tuhan Selain Allah, dan berhala itu bukan tuhan, dan mereka menyaksi dari ayat ayat Allah dan Mukjizat Nabi Musa dan Keesaan Allah.

Maka mereka tahu benda itu. Tetapi dengan ilmu nazhori ini juga mereka menuntut untuk menghambakan kepada berhala, dan mereka adalah orang yang meniru kaum yang lain.

Maka Jahil di sini adalah kebodohan dan sikap kegopohan, yang mereka punyai ilmu nazhori tentang Tauhid dan Syirik tetapi tidak dapat membezakan di antara dua benda itu.

Maka, kita jangan jadi seperti Bani Israel yang mana Allah telah melabelnya sebagai kaum yang jahil di dalam Al-Quran disebabkan mereka mengikut kaum yang lain hanya sebab takjub dan tidak tahu baik buruk (taqlid buta) apabila mereka ikut kaum itu.

Allah ta’alla mencela taklid kaum musyrikin jahiliyah yang mengikut perbuatan nenek moyang mereka tanpa didasari ilmu. Allah ta’ala berfirman,

بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آَبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آَثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ

“Mereka berkata: “Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka.” (Surah Az-Zukhruf: 22).

Boleh sama-sama kita ambil ibrah.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Hilman Khair bin Jaafar. Nama pena ialah Maman. Boleh hubungi beliau melalui email [email protected] Ikuti perkembangan beliau melalui Instagram hilman.khair dan Twitter hilmankhair.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%