Sign Up & Login

- Sign Up (Daftar Ahli)

- Forgot Your Password?


Username

Password

Remember Me
spacer
Edisi Pertama

Dapatkan Sekarang!

Kod HTML Untuk Promosi

Kongsi Pengalaman

Aduan dan Cadangan
spacer
Follow Us

Become Our Fan
Be one of our 56,000++ FB fans
spacer
Statistik
- Guests Online: 161
- Members Online: 49
- Total Members: 85,761
- Show Who's Online
- 26,086,395 visits since
December 2007
spacer
Jom Promosi

spacer
Feedback Anda

Kelajuan Loading iLuvislam
spacer
Kemuliaan Suatu Pekerjaan

Kemuliaan Suatu Pekerjaan
www.iluvislam.com
oleh: Mohammad Syazwan Maamin*

 

Pekerjaan seseorang kadang-kadang mencerminkan keadaan diri dan penampilan mereka.

Pekerjaan yang mulia adalah pekerjaan yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia.Kadang-kadang kita akan bertemu dengan pelbagai situasi dan rencam dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

“Seronok la kamu ye, jadi doktor. Banyak manfaat dan boleh tolong orang.”

‘ala, biasa je. Doktor pun orang juga.’

“Orang-orang pun, semua orang bila sakit jumpa doktor. Mana ada jumpa engineer. Apa yang kamu kata, semua orang ikut.”

‘pakcik kerja apa?’

“aku kutip sampah je”

‘ wah…mulia betul kerja pakcik.Lagi mulia dari kerja doktor’

“alah, kamu jangan la perli aku ni..aku tahu la kerja aku hina..”

‘masyaallah, pakcik, kerja pakcik ni kerja mulia. percaya la. lagi mulia dari seorang doktor jika kena cara.’

“maksud kamu?”

‘kenapa orang cakap kerja doktor ni mulia?..bagus?’

“sebab nak ambil bidang tu bukan calang-calang orang.bukan semua orang boleh ambil bidang tu”

‘hmm..susah kenapa?…sebab banyak kena membaca kan?..silibus tak pernah habis orang kata..betul tak?’

“haah”

‘maksudnya disini, ianya disebabkan oleh banyaknya membaca, atau dengan kata lain, sentiasa dengan ilmu.Pakcik setuju kan?’

“setuju.”

“jadi , pakcik pun , jika pakcik bekerja mengutip sampah ni, dalam masa yang sama, pakcik teruskan proses membaca dan mencari ilmu maka Kerja pakcik lebih mulia dari kerja seorang doktor!”

‘mana ada, kamu ni cuba pujuk pakcik”

‘pakcik pernah dengar hadis Nabi berkenaan mencegah lebih baik dari mengubat?’

”pernah”

‘cuba pakcik bayangkan jika tiadanya pengutip sampah ni..apa jadi pada negara?…sampah dibiarkan membusuk, menyebabkan kebesihan tidak terjaga. Bila kebersihan tak terjaga , penyakit makin banyak timbul. Penyebaran penyakit berleluasa. Maka jika ini terjadi, musnah negara. bila dah jadi macam ni, baru doktor diperlukan. Sebab tu saya kata, pengutip sampah lebih mulia dari seorang doktor, sebab ia memberi manfaat paling banyak pada manusia. lebih-lebih lagi kalau dia masih meneruskan mencari ilmu, bertambahlah kemuliaan yang ada pada dirinya.

Pakcik merealisasikan sabda nabi dalam mengelak wabak penyakit dari tersebar. Itulah yang menjadikan kemuliaan pekerjaan pakcik. Sebab itu, tak perlu rendah diri. Asalkan ia menyebabkan pakcik tidak meminta-minta pada orang, rezeki halal, bertambah-tambah kemuliaan yang ada pada pakcik”

Dimana Kemuliaan Pekerjaan kita?

Begitulah keadaan yang kadang-kadang membelenggu kita. Kadang-kadang kita terlalu memandang hina pekerjaan yang dilakukan bukan disebabkan kerana apa-apa, tetapi hanya disebabkan gaji yang kecil.Tidak pernah dilihat bahawa gaji yang kecil itu lebih berkat jika disertai dengan syukur dan sabar disamping diteruskan usaha mencari ilmu.

Pekerjaan yang disertai dengan niat menjauhkan dirinya dan keluarganya dari meminta-minta, jauh dari harta curi dan samun, dari segala yang diharamkan, maka ia sudah cukup memuliakan pekerjaan yang dilakukan. Kerana dengan gaji yang ada itulah, ianya memanfaatkan sebilangan ahli keluarga kita dari sikap meminta-minta. Dengan pekerjaan kita itu juga kita memberi manfaat pada mereka yang memerlukan tenaga kerja kita di bidang itu.

Kini kita hidup di zaman ilmu. Sesiapa yang tidak punyai ilmu, tidak akan dipandang oleh sesiapa pun. Dengan ilmu, kedunguan terangkat, kebodohan tertutup , pintu kejahilan tersekat, akal disuluh dengan cahaya, dan cahaya sentiasa menerangi tempat yang gelap. Maka dengan ilmu, seseorang akan bisa mengharungi perjalanan yang penuh dengan segala macam rencam ini dengan penuh bijaksana.

Maka , seseorang yang bekerja, sehina manapun dimata manusia, tetapi apabila dirinya sentiasa disulami dengan ilmu, maka kemuliaan akan sentiasa mengiringi dirinya. Bukankah ada ayat yang menyebut “sesungguhnya orang-orang yang takut dikalangan hamba Allah adalah dikalangan Ulama’”

Maksud ulama di sini, adalah mereka yang mempunyai ilmu. Apabila seseorang mempunyai ilmu, maka ia semakin menghampirkan dirinya kepada Tuhan. Manakan tidak, semakin ia mempelajari sesuatu perkara, ia merasakan bahawa semakin cetek imunya yang ada. Perasaan merendah diri ini yang timbul hasil dari ilmu yang dipelajari inilah yang mengangkat martabat dirinya selaku hamba Allah. Ilmu yang semakin mendekatkan diri kepada Allah itulah yang menjadikan seseornag itu mulia.

Ilmu ini, bukan hanya orang-orang yang mempelajari ilmu syariatullah sahaja, bahkan segala aspek ilmu termasuklah ilmu berkaitan sunnatullah. Pengajian sains termasuk biologi, physiology, physics dan lain-lain ini apabila kita semakin mempelajarinya semakin dirasakan bahawa kekuasaan Tuhan dan kebijaksanaannya jauh lebih hebat dengan kecerdikan yang ada pada diri kita. Perasaan merasakan dirinya kerdil , tidak punya apa dan sangat tidak berkuasa akan timbul apabila ilmu yang dipelajari ini semakin dihayati. Semakin lama, semakin kecut hati pada Tuhan semakin merasa rendah diri pada Tuhan dan semakin kurang melakukan dosa. Apakah yang lebih mulia dari ilmu yang mendatangkan gerun dan rendah diri pada Tuhan?

Benarlah bahawa orang-orang yang berilmu itu lebih dekat pada Allah dan lebih takut dan gentar pada kekuasaan dan azabNya. Perumpamaan orang yang berilmu pada sifat hatinya adalah seperti padi di ladang yang semakin berisi semakin tunduk. Semakin banyak ilmu padanya semakin merendah dirilah dia.

Ada juga dikalangan manusia, yang mana, apabila diberi sesuatu kelebihan maka sifat bongkak semakin menebal di dalam diri. Umpama seekor ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung. Ilmu atau kelebihan yang ada padanya hanyalah sedikit sahaja, tidak pernah lebih dari harta Nabi Sulaiman, tetapi angkuhnya melebihi kekerdilan dirinya. Inilah manusia yang tidak sedar diri dengan keadaan yang ada.

Apabila kita diberi kelebihan harta, ingatlah bahawa Nabi Sulaiman tidak pernah derhaka pada Tuhannya disebabkan harta yang ada. Jika kita diberi kelebihan pangkat , ingatlah bahawa Nabi Muhammad diberi kelebihan pada menguruskan hal ehwal pemerintahan , tetapi keadilan tetap ditegakkan. Jika kita diberikan kemerduan suara, ingatlah Nabi Daud tidak pernah bongkak dengan suaranya yang merdu. Kecantikan wajah tidak pernah menjadikan Nabi Yusuf derhaka pada Tuhannya tetapi ia semakin mendekatkan Nabi Yusuf dengan Tuhannya. Kesulitan yang dihadapi tidak pernah menyebabkan Nabi Ayub berputus asa dari Rahmat Tuhannya. Inilah contoh-contoh manusia yang diberi kelebihan tetapi kelebihan yang dimiliki mereka tidak pernah menjauhkan mereka dari merasa rendah diri dan semakin pula mereka mendekatkan diri mereka pada Allah, Tuhan Semesta Alam.

Bagaimana seseorang dihormati?

Apabila seseorang ditanyakan tentang pekerjaan seseorang, apabila dijawab doktor,ustaz pasti akan dipandang mulia. Inilah persepsi pertama masyarakat. Mengapa ini terjadi. Seorang doktor sudah pasti kerana hidup mereka sentiasa bergelumang dengan perkhidmatan sesama manusia. Sekurang-kurangnya, apa yang mereka pelajari, dilihat banyak memberi manfaat pada ummat. Begitu juga dengan para ustaz-ustaz, mereka dilihat sebagai pembangun akhlak manusia, meningkatkan rasa berTuhan pada hati-hati manusia, ini mengurangkan lagi gejala sosial dikalangan masyarakat. Maka masyarakat menilai kemuliaan pekerjaan seseorang juga disebabkan berapa banyak sumbangan mereka kepada masyarakat.

Bagaimanakah kita mahu melihat bahawa penjual makanan itu sesuatu yang mulia?…pencari gali minyak itu mulia?… Lapangkan dada kita, lihatlah sesuatu itu dari segala sudutnya. Kita akan dapat melihat bahawa penjual makanan itu sangat mulia kerana pertama dia mengikut sunnah Nabi di atas jalan perniagaan, kedua penjual makanan memudahkan manusia dalam membuat pekerjaan. Dengan makanan yang mereka jual, telah menjimatkan beribu-ribu manusia dari membazirkan masa mereka menyediakan masakan kegemaran mereka.

Masa-masa yang dijimatkan ini akan meningkatkan kuantiti masa seterusnya meningkatkan produk yang dihasilkan oleh mereka .Seorang pembuat rumah membeli makanan, masanya dijimatkan dan ini mempercepatkannya membina rumah, dengan tersiapnya rumah akan memberikan tempat perlindungan kepada mereka yang memerlukan.Seorang doktor membeli makanan,dengan masa yang dijimatkan ini akan menyebabkannya meningkatkan jumlah pesakit yang dirawat meningkat, pesakit yang dirawat akan sembuh dan kembali membangunkan ummah.Maka apabila kita sudah memandang dunia dari pelbagai sudut, penjual makanan menjadi mulia kerana besarnya manfaat kepada manusia.

Begitulah kita memandang manusia, kemuliaan seseorang bergantung sepenuhnya pada besarnya manfaat pekerjaan kita kepada manusia seluruhnya. Carilah manfaat apakah dari pekerjaan kalian itu,moga-moga ianya membantu dalam meraikan manusia dan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.



* Penulis merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam dan kini melanjutkan pelajaran di Russia dalam bidang perubatan. Beliau aktif berdakwah melalui penulisan di umaralfateh.wordpress.com



17 Comments · 3738 Reads · Print Bookmark and Share
Iklan @ iluvislam
 


Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

Awesome! Awesome! 80% [8 Votes]
Very Good Very Good 20% [2 Votes]
Good Good 0% [No Votes]
Average Average 0% [No Votes]
Poor Poor 0% [No Votes]
Comments
Ila Insyirah on July 25 2008 01:04:30

awesomeclap
kdg2 lumrah masyarakat suka menilai org dr segi pkrjaan....yg brpangkat,ada title,gaji ribu-ribi(ade ke istilah gaji ribu-ribi....? huhu)...hakikatnya...smua pkrjaan yg halal n mnyumbang pd satu sama lain adalah mulia.....keje cleaner misalnya..kalo dorg xde..hmm...x tau la ape jadik....anyway...keje la pape pun...tp msti niat kerana Allah...jgn niat krana nak gaji ribu-ribi....niat nk sumbangkan sesuatu pd islam...keje arkitek(my dreamjob..hehhgrin)..kalo dorg xde..sape nk design bangunan,masjid sume...cat
sara aminah on July 25 2008 07:14:31

terlebih dahulu nak minta maaf ye..
cume ingin berterus terang supaya dapat saling ingat-meningati kan..
ana byk jumpe doctor even medical student yg sombong huhu hmm!
cmne??? coz i'm in the same their field too
hope kwn2 kat sini hargai ape jua pekerjaan kite
kemuliaan terletak pada keikhlasan hati...
jitensya_fea on July 25 2008 10:12:24

salam,
sy ada pengalaman berkawan dengan org kutip sampah, tapi sebenar nya dia seorang yg educated person... dia bgtau sy, hanya org yg ikhlas berkawan dengan dia jer, mampu bertahan lama... kalau org tahu dia keje kutip sampah, terus dah x nak kawan... dia ckp tu laa manusia zaman skrg ne terlalu materialistic... skrg ne, blajar tinggi mana pun kalau keje x bagus pun org dah tak pandang...contohnya mcm kes kawan sy tu... emm...
Ila Insyirah on July 25 2008 10:50:29

assalamualaikum
xde guna kalo keje bgus tp riak dan sombongno...jgn ikut mcm lalangno..makin tggi makin dongak ke atasno.....ikhlaskan niatyes....pk..nape kita keje tu..ape yg kita nk sumbangkanhmm!....keje penjaga surau misalnya,bayaran tak la lumayan tp niat seseorg tu yg ikhlas,akan mnjadikan pkrjaan tu pkrjaan muliayes...tak lumayan d dunia x pe,dia akhirat wallahu'alamcloud 9...
mudah-mudahan kita smua d brkati-Nyagembira
insya Allahpc
nur_husna on July 25 2008 15:05:53

assalamualaikum
btl kata shbt2 di ats..yes
dunia ni hnya sementara shja bila2 msa sj Allah akn tarik balik nikmat yg di beri..
jd jgnlah bersifat tamak dan memandang rendah terhadap org len..
sseungguhnya peribadi mulia itulah yg ALLAH pandang..wink
iluvislam
nana9284 on July 26 2008 10:57:32

assalamualaikum

jgn hina pekerjaan yg bertaraf rendah.gunakan akal kita sebaiknya tuk mencari keredhaan Ilahiamin
aisy on July 26 2008 21:49:03

A'kum...

Kmuliaan sesuatu pekerjaan itu terletak sejauh nama keikhlasan kita dalam melakukannya. InsyaAllah, kiranya niat kita Lillahi Taala, Kita akan pergi jauh dalam apa jua yang kita lakukan.. praypray

Seperti yang dikatakan oleh Nur Husna,

dunia ni hnya sementara shja bila2 msa sj Allah akn tarik balik nikmat yg di beri..


Mungkin hari ini anda seorang yang berjaya. Siapa tahu, apa akan berlaku esok?hmm!

Wallahua'lam..

Good article..thumbs upthumbs up
NurulNasir on July 27 2008 11:16:45

assalamualaikum

niat di hati ingin bercerita hehehe

tadi saya jogging di tepi pantai ngan parents, then duduk rehat2, saya perhatikan mak cik tukang sapu menyapu tangga 2 yg berpasir

" alah mak cik, nda payah sapulah, nanti pasir tu terbang jugak"

" bos suruh sapu bah,kena ikut cakap dorang"

wah,jujurnya lah mak cik ni benda yg sure akan kotor balik dalam masa lima minitpon dia tetap bersihkan jugak,contohilah mak cik ni cat amanah dalam bekerjagrin

jazakallah

kpd penulis artikel,,,sya suka baca blog kamu grindance teruskan menulis
nurul-dyana-amira on July 29 2008 11:40:25

x kira lar keje ape2 pun..
yes
asalkan HALAL
amin
hureen on July 29 2008 12:57:04

assalamualaikum

kenape kita mesti malu dengan pekerjaan yang telah dianugerahkan oleh Allah?
Bukankah itu bergantung kepada rezeki masing- masing. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu datang dari kita sendiri. Kalau kita nak sesuatu pekerjaan yang baik dan sesuai dengan kelayakan kita, kita kena usaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t dari peringkat awal lagi. Terima kasih.
nur farhana mch on July 29 2008 18:11:07

assalamualaikum
keje ape2 pun xpe....
asalkn halal dan d redhai ALLAH....
pangkat n taraf x menjanjikan redha ilahi...
x perlu malu andai pekerjaan kita remeh temeh dan
x setaraf dgn pelajaran yg kita pelajari dlu...
yg kerja dgn mjls daerah skrg pun ramai yg da degree wlupun
kerja x sbrapa....hargailah sesuatu pekerjaan....
rezeki ada d mna2,x mustahil kita akan mendpt pkerjaan yg
lbih baik dr sblm ni...
wink wink
NUR ILHAM on July 30 2008 09:14:39

assalamualaikum

keje pe pn xpe..
janji ikhlas dan halal..
yg de keje doc pn skrg ni...
blum tn2 umi walid keje bgus gk..
btl x??
yes
saifanly on July 30 2008 17:56:06

assalamualaikum
awesome!...inilah yg dikatakan pemikiran cara tasawwuff!...dari 1 dikembangkan mnjadi 10,...dari 10 berbalik kepada yg 1!...alhamdulillah
di situ dapatlah kita mengelakkan diri dr menghina sesama manusia dan berlapang dada dgn apa saja yg berlaku disekeliling kita.
~ihya`_`ulumiddiin~
thumbs upcatcomfortwink
SunflowerLady on July 30 2008 20:25:56

masyaAllah ana baru mengalami rasa tertekan di tempat keje ana baru2 ini..
alhamdulillah keje ana ok,tapi kebelakangan ini boss ana bila sudah ada staff baru dia seperti kacang lupakan kulit dan kini ana rasa dia seperti mencari kesilapan ana dan kini ana rasa dia ingin bully ana dgn menyuruh membuat filling tugas staff lain yg terbengkalai... namun ana cuba sabar dan bersetuju,namun tidak dapat dinafikan yg hati ini terguris dgn kelakuannya.
alhamdulillah setelah membaca artikle ini ana rasa lega dan berkeyakinan semula..
biar lah apa yg ingin mereka lakukan yg penting ana buat dgn hati yg ikhlas kerna Lillahi Ta'aala...

Buat penulis, saya ucapkan jazakallah
halifa on August 01 2008 09:54:22

assalamualaikum
ermm..ana suka ngan artikel nie...iya buat kita xrasa rendah diri...walau apa pun kedudukan kita insyaALLLAH ia memberi manfaat kpada orng lain...
setiap satu pekerjaan itu saling berkait ngan yg lain..
macam gigi la..klu gigi sakit seluh anggota badan rasa sakit gak...cloud 9
nana9284 on August 01 2008 13:47:05

assalamualaikum

kerja suatu ibadat kan.lakukan dgn ikhlas
faryu_1251 on October 11 2008 01:23:04

assalamualaikum
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Search

 Advanced
spacer
Iklan @ iLuvislam


Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
Klik Di Sini
spacer
Kalendar Hijriah
spacer
Renungkan..
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus"
spacer